KUALA LUMPUR 7 Okt. – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyokong sepenuhnya cadangan dan resolusi Kluster Pendidikan sempena Kongres Maruah Melayu untuk mewujudkan sekolah satu aliran dan memansuhkan sekolah vernakular. Presidennya, Mohd. Azizee Hasan berkata, cadangan tersebut dilihat sebagai usaha untuk memperkasa sekolah kebangsaan sebagai sekolah utama di dalam sistem pendidikan negara. “Kita sambut baik syor mewujudkan sekolah satu aliran dan pemansuhan sekolah vernakular kerana ia gagal membentuk integrasi nasional…










