KUALA LUMPUR 4 Okt. – Harga runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak 19 sen seliter iaitu daripada RM2.79 seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa bagi tempoh 5 Oktober sehingga 11 Oktober ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.08 seliter manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter. “Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism…










