KUALA LUMPUR 7 Okt – Penghapusan segera tol tidak boleh dilakukan kerana ia memerlukan pembelian oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurut beliau, ini berdasarkan dapatan satu kajian mendalam yang dilakukan mengenai perkara itu. Dr. Mahathir juga berkata, masa diperlukan untuk mengurangkan beban rakyat dalam senario tol dihapuskan. “Tetapi menurunkan bayaran tol boleh dipikul. Jika ada (pihak) swasta yang (mengutarakan cadangan) akan kurangkan tol, cadangan mereka boleh…










