Rakyat Malaysia disyaki anggota sindiket dadah antarabangsa ditahan di Thailand

Rakyat Malaysia disyaki anggota sindiket dadah antarabangsa ditahan di Thailand

POLIS merampas 44 kg syabu di Wilayah Nakhon Pathom, Thailand sebelum menahan seorang lagi anggota sindiket penyeludupan dadah dari Malaysia di Sadao, Songkhla ketika cuba melarikan diri kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SADAO (THAILAND): Seorang rakyat Malaysia yang disyaki anggota sindiket penyeludupan dadah antarabangsa ditahan Biro Penindasan Narkotik (NSB) Thailand semasa cuba meninggalkan negara ini pada Ahad lalu.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di laluan pejalan kaki Pusat Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Sadao kira-kira pukul 3 petang.

Pengarah NSB Wilayah 7, Tipamet Sangkhawanna berkata, kejayaan berkenaan susulan tangkapan ke atas enam rakyat Malaysia dalam dua serbuan bersaingan pada 5 dan 14 Mei lalu.

Katanya, soal siasat awal mendapati suspek mengaku terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah bersama lima individu yang ditangkap bersama 440 kilogram (kg) syabu di Nakhon Pathom sebelum ini.

“Suspek turut mendakwa dia dan tiga yang lain berpecah dan menginap di sebuah resort di Daerah Kamphaeng Saen.

“Suspek mengaku melarikan diri dan meninggalkan 44 kg syabu berkenaan selepas mengetahui lima rakannya ditahan Nakhon Pathom 14 Mei lalu sebelum ditemukan oleh pihak berkuasa di kawasan resort berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tipamet memberitahu, ini merupakan kejayaan terbesar yang pernah dipatahkan oleh pihaknya melibatkan sindiket dianggotai rakyat Malaysia.

Katanya, NSB juga sedang memburu tiga lagi rakyat Malaysia yang turut menganggotai sindiket terbabit dan kini dipercayai bersembunyi di Selatan Thai.

“Nama mereka telah disenaraikan dalam data Imigresen,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, NSB Polis Thailand menahan lima rakyat Malaysia sekali gus membongkar sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dalam serbuan di sebuah hotel di sini, Khamis lalu.

Tangkapan dan rampasan syabu seberat 440 kilogram (kg) pada pukul 9 malam itu susulan penahanan seorang warga Malaysia di Hat Yai pada 5 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN