SEDEKAD lalu, wanita bertudung sering mempunyai masalah dalam mencari hijab yang bersesuaian untuk menyertai aktiviti sukan yang digemari. Material tudung yang berat, terlalu besar dan panjang serta perlu menggunakan banyak pin adalah antara aspek kesulitan yang sering dihadapi. Walaupun begitu, ia bukanlah menjadi penghalang kepada wanita-wanita Muslimah lasak ini untuk terus bergelumang dalam aktiviti sukan yang dicintai. Menurut pemain hoki negara, Siti Zulaikha Hussin, 18, dia tetap meneruskan aktiviti bermain…