LONDON – Seorang wanita dari Stoke-on-Trent, England menggunakan abu mendiang bapanya bagi menghias kuku pada hari perkahwinannya sebagai satu bentuk penghormatan terakhir, lapor akhbar Metro UK. Bapa kepada Charlotte Watson dimaklumkan kanser prostatnya telah merebak ke nodus limfa dan tulangnya pada 2017 dan dia meninggal dunia empat bulan sebelum hari perkahwinan wanita tersebut. Sepupu Charlotte, Kristy Meakin yang merupakan artis hiasan kuku dan bintang YouTube mencadangkan agar abu bapanya digunakan…










