KUALA LUMPUR – Keputusan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengekalkan kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy dalam barisan kabinet terus dipertikai. Malah, keputusan tersebut juga disifatkan sebagai tidak sejajar dengan prinsip perpaduan yang selama ini turut dipromosikan oleh Pakatan Harapan (PH) sendiri. Menurut Ketua Operasi Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Assiddiq Fauzan, tindakan mengekalkan Waytha Moorthy sememangnya membangkitkan kemarahan rakyat terutama apabila keputusan inkues terhadap kematian…










