MADRID 2 Okt. – Zinedine Zidane menyifatkan gol pertama yang dilepaskan Real Madrid ketika menentang Club Brugge sebagai ‘lawak jenaka’ selepas pasukannya diikat 2-2 oleh kelab Belgium itu dalam aksi Liga Juara-Juara hari ini. Juara Eropah 13 kali itu ketinggalan di Santiago Bernabeu hanya selepas sembilan minit perlawanan bermula apabila Emmanuel Bonaventure mudah menolak bola melepasi penjaga gol, Thibaut Courtois. Pemain Real membantah jaringan tersebut kerana mendakwa ia telah ofsaid,…










