GELOMBANG Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang sedang bergerak pantas di seluruh dunia memerlukan sesebuah masyarakat membuat persiapan untuk menghadapinya. Pihak institusi pengajian tinggi selaku pusat ilmu pula harus menjadi barisan depan bagi menguasai IR 4.0. Beberapa perubahan bakal disaksikan dunia antaranya transaksi kewangan tanpa tunai. Justeru, Universiti Malaya (UM)melancarkan UM Kampus Tanpa Tunai (UMCashless) bagi melonjakkan kecekapan pengurusan kewangan universiti, selaras dengan perkembangan persekitaran gaya hidup digital. Naib Canselor…










