IPOH 4 Okt. – Tiga lelaki termasuk dua warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan mengedar 20.89 kilogram methamphetamine, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan. Mengikut pertuduhan M. Dinesh, 25; Shervin Khoshhalsarvandani, 27, dan Mohammad Mahdi Tyhim Nazlo, 29, didakwa mengedar dadah methamphetamine seberat…










