BANGKOK – Keadaan dua ekor gajah liar, seekor ibu dan anaknya yang diselamatkan di Taman Negara Khao Yai di tengah Thailand pada Sabtu lepas dilaporkan semakin beransur pulih. Menteri Sumber dan Alam Sekitar Kebangsaan Thailand, Varawut Silpa-archa berkata, kedua-dua ekor gajah itu yang diselamatkan di sebelah tebing air terjun kira-kira pukul 3.30 petang (waktu tempatan) pada Sabtu masih menjalani pemulihan daripada dehidrasi dan kelemahan akibat kurang makan. Beliau berkata, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan diarah mempercepatkan pemasangan pagar di sepanjang Air Terjun Haew Narok di…










