ALOR SETAR 4 Okt. – Luluh hati seorang ibu melihat anaknya yang dahulu aktif bersukan di sekolah, kini hanya terlantar menderita menanggung kesakitan akibat kanser neuroblastoma sejak Februari tahun lalu. Lebih memilukan, Nor Sakilawati Omar, 33, juga terpaksa menerima hakikat apabila doktor menjangkakan anaknya, Muhammad Saiful Nizam Mohd. Safizan, 11, hanya mampu bertahan kira-kira dua bulan lagi selepas kanser berkaitan saraf itu sudah menjangkau tahap empat. Penderitaan anak sulung daripada…










