KUALA LUMPUR 7 Okt. – Penganjur Kongres Maruah Melayu lambat menghantar jemputan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghadiri program yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, semalam. Menurut Anwar, penganjur telah menghantar jemputan pada petang Sabtu dan ketika itu beliau berada di Port Dickson, Negeri Sembilan. “Saya dapat jemputan itu lambat sangat, petang sebelum itu. Saya di Negeri Sembilan masa itu, di Port Dickson. “Pada mulanya memang…










