CYBERJAYA 8 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata kerajaan sedang meneliti pelaksanaan dana terikat untuk pengurusan bencana angkara perbuatan manusia. Beliau berkata, penelitian itu sedang dijalankan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). “Pelaksanaan ini akan mempertingkatkan kebertanggungjawaban pihak industri bagi mengelakkan tindakan yang menyebabkan berlakunya sesuatu bencana seperti kebakaran, jerebu dan pencemaran bahan kimia. “Ia juga akan…










