Sukar untuk membayangkan betapa kejamnya perbuatan sesetengah manusia terhadap haiwan. Di Sabah baru-baru ini misalnya, seekor gajah pigmi ditemui mati di Sungai Udin, Kalabakan dekat Tawau. Gajah betina berusia kira-kira 12 tahun dengan ketinggian 1.8 meter itu dijumpai tidak bernyawa dalam keadaan terduduk dipercayai akibat ditembak pemburu haram. Bedah siasat kemudiannya mendedahkan terdapat 70 butir peluru di dalam badan mamalia itu. Tembakan jarak dekat itu turut menghancurkan otak dan menembusi…










