PUTRAJAYA 1 Okt. – Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) yang bermula hari ini dijangka menarik penyertaan lima juta rakyat menerusi lebih 1,000 aktiviti sukan yang dijalankan sepanjang tempoh sebulan penganjuran. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kementeriannya turut menyediakan dana khas bagi pihak yang menganjurkan acara berkaitan sukan untuk menyemarakkan lagi sambutan. “BSN mengetengahkan elemen murah, mudah dan menarik manakala pengisian program merangkumi aktiviti sukan rekreasi…










