KUALA LUMPUR 7 Okt. – Barisan Nasional (BN) berpotensi untuk menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 16 November depan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keyakinan itu berdasarkan kaji selidik yang merekodkan populariti Pakatan Harapan (PH) merudum kepada 35 peratus. “Sentimen penolakan rakyat kepada PH sama seperti di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Rantau dan Cameron Highland. “Waktu itu penolakan rakyat masih 50-50 belum…










