KUALA LANGAT 7 Okt. – Penduduk Kampung Teluk Panglima Garang di sini kecewa apabila pihak berkuasa membina jalan batu baharu sepanjang kira-kira dua kilometer (km) tetapi dalam masa sama menganaktirikan pemulihan jalan tar sedia ada. Menurut seorang penduduk kampung, Azhar Mohd. Noor, 51, pihaknya telah memohon pemulihan Jalan Perepat berhampiran jalan baharu tersebut sejak setahun lalu tetapi sehingga kini masih tidak diluluskan. “Saya pelik mengapa jalan batu tersebut diluluskan Kementerian…










