KUALA LUMPUR 3 Okt.- Tun Dr. Mahathir Mohamad seharusnya dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal ini tanpa perlu menyerahkan jawatan tersebut kepada mana-mana pihak. Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, ini kerana Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang baik malah berjanji membantu memulihkan ekonomi negara. “Kita sokong Dr. Mahathir, insya-Allah jika masih mempunyai kesihatan baik, biar beliau teruskan sampai habis penggal. Jangan…










