JOHOR BAHRU 7 Okt. – Seorang anggota bomba berjaya memujuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dalam masa kira-kira 15 minit yang cuba terjun dari tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, kanak-kanak itu dipercayai nekad bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan ibunya hanya kerana isu telefon bimbit. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal…










