PAUH 6 Okt. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan pelajar perlu sentiasa berfikiran positif dan membayangkan kejayaan yang harus digapai. Titah baginda, apabila minda positif, maka perkara-perkara yang baik akan mudah diterima oleh pelajar. “Setiap mereka yang berjaya, pada asasnya bermula daripada sebuah impian. Bertitik tolak daripada itulah, mereka mula berusaha untuk menjadikan impian sebagai realiti. “Seseorang itu ialah orang yang ‘berjaya’ apabila beliau…










