SUNGAI PETANI – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan sekali gus untuk input penanaman padi musim pertama dan kedua berjumlah lebih RM800 juta dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober nanti. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, pihaknya telah pun mengadakan perbincangan mengenai hal itu dengan pegawai di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi diusulkan kepada Kementerian Kewangan. “Belanjawan untuk…










