LENGGONG – Niat jahat seorang bekas tentera yang ingin mencuri seekor kerbau gagal apabila perbuatannya disedari pemilik haiwan ternakan itu dalam kejadian di Kampung Bukit Sapi di sini semalam. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, pemilik haiwan berusia 56 tahun itu berjaya menggagalkan cubaan curi itu selepas dia ternampak seorang lelaki memberhentikan kereta jenis Proton Wira berhampiran sekumpulan kerbaunya pada pukul 3.45 pagi. “Pemilik haiwan itu bersama…










