KOTA BHARU 3 Okt. – Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan untuk melanjutkan tempoh reman terhadap bekas pengarah Kastam negeri ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan aktiviti pembalakan, perlombongan haram dan penyeludupan. Turut dibebaskan isteri kepada bekas pengarah tersebut dan seorang lelaki. Bagaimanapun Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri melanjutkan tempoh tahanan reman seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri berusia 42 tahun selama dua hari lagi bagi melengkapkan…










