KUALA LUMPUR 3 Okt. – Seorang lelaki yang mendakwa pegawai khas kepada bekas pemimpin politik hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini atas tuduhan melakukan ugutan dan mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya, September lalu. Shahirul Syafiq Shaharin @ Hassan, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya selesai dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali. Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa telah melakukan ugutan bunuh terhadap…










