IPOH 7 Okt. – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM250,000, tahun lalu. Zahrah, 60, yang hadir bersama anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersubahat dalam perlakuan kesalahan…










