DOHA 5 Okt. – Atlet wanita Muslim dari Amerika Syarikat, Dalilah Muhammad memecahkan rekod dunia acara 400 meter lari berpagar ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia dekat sini awal hari ini. Pelarih berusia 29 tahun itu mencatat masa 52.16 saat untuk merangkul pingat emas dan mengatasi rekod lama berusia dua bulan miliknya sendiri iaitu 52.20 saat yang dicatat pada Julai lalu. Pada aksi final di Stadium Khalifa itu, Dalilah menewaskan…










