PETALING JAYA – “Saya berniat ingin sambung legasi arwah ayah. Kalau ibu bersara nanti, siapa ingin sambung legasi yang ditinggalkan. Biar saya cuba mana tahu ada rezeki,” demikian kata anak kedua penggubah lagu popular, Allahyarham Johan Nawawi iaitu Muhd. Syakir Alif. Anak muda berusia 20 tahun itu tersenarai antara 20 calon protege program realiti, Mentor Milenia 2019. Ujarnya, semestinya jangkaan orang ramai terhadapnya tinggi kerana merupakan anak kepada penyanyi Nora…










