PUTRAJAYA 4 Okt – Kementerian Kewangan (MoF) menerima satu lagi cadangan daripada Khazanah Nasional Bhd. mengenai pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd. yang dianggap lebih menarik dan memberi manfaat kepada rakyat, kata menteri Lim Guan Eng. Beliau berkata, walaupun MoF belum lagi menerima cadangan firma ekuiti persendirian, RRJ Capital yang berpangkalan di Hong Kong berkaitan pengambilalihan itu, cadangan yang ditawarkan entiti perniagaan mungkin tidak sebaik yang dikemukakan sektor awam. “Cadangan daripada entiti…










