Mengapa Pas menghadiri dua Himpunan Perpaduan Melayu tanpa keraguan? Pertama: Himpunan Muafakat Nasional, anjuran Pas dan UMNO. Kedua: Kongres Maruah Melayu, anjuran para ilmuwan beberapa universiti, disertakan ucapan YAB Tun Dr. Mahathir mewakili satu-satunya parti Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan, walaupun dianggap seperti melukut di tepi gantang, tetapi ada garangnya. Walaupun dua pertemuan itu kelihatan berlainan dan tempatnya pula bebeza, tetapi sebenarnya satu sahaja titik pertemuan iaitu perpaduan bangsa Melayu…










