LONDON 5 Okt. – Ajax memadam klausa pelepasan Hakim Ziyech sebanyak 26 juta pound (RM134 juta) daripada kontrak pemain tersebut selepas dia mendapat perhatian daripada dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool dan Arsenal. Pemain Maghribi itu mencuri perhatian kelab terkemuka Eropah selepas mempamerkan aksi bertenaga bersama Ajax dalam kempen Liga Juara-Juara sehingga mara ke peringkat separuh akhir pada musim lalu dan kelab Belanda tersebut telah pun memeterai kontrak…










