Penyanyi lagu Memburu Rindu, Datuk Hattan tidak dapat menahan kesedihan saat menyampaikan single terbaharunya berjudul 5 Oktober sehingga terpaksa berhenti seketika kerana menahan sebak. Riak wajah sedihnya jelas kelihatan, bahkan ada air mata mengalir ke bersama perasaannya sehingga tidak dapat meneruskan nyanyian. Penyanyi berusia 54 tahun itu juga mengakui tersentuh dengan lagu ciptaan Nazri Osman atau dikenali sebagai Jaybon dan liriknya ditulis oleh Bob Lokman yang mengisahkan tentang kerinduan Bob…










