SERI KEMBANGAN 6 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis hari keluarga Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka kira-kira pukul 11 pagi diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah. Dalam majlis itu, Sultan Abdullah berkenan mengurniakan surat penawaran tajaan rawatan persenyawaan…










