Agong beli kuih-muih di gerai selepas solat Jumaat - Utusan Malaysia

Agong beli kuih-muih di gerai selepas solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli membeli kuih muih di sebuah gerai di Taman Koperasi Polis di sini hari ini. Istana Negara menerusi hantaran dalam akaun Instagram rasminya memberitahu, baginda berbuat demikian selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Bilal Bin Rabah Taman Koperasi polis hari ini. Terdahulu, baginda merasmikan masjid berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN