Menguruskan subsidi memang satu yang rumit dan kompleks. Di satu pihak, benar apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, pemberian terlalu banyak subsidi boleh menjadikan rakyat Malaysia malas dan merebaknya mentaliti subsidi yang akan menyebabkan golongan ini kurang berdaya saing. Di satu sisi lain pula, subsidi akan membebankan kewangan kerajaan. Untuk menguruskan hal ehwal subsidi ini, kementerian terbabit perlu melantik sekumpulan kakitangan untuk memikir dan merancang mekanisme pelaksanaannya. Ia bukan…










