KUALA LUMPUR 7 Okt. – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (MAM) mengumumkan agihan pendapatan kedua dan terakhir sebanyak 2.60 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2019. PHB dalam satu kenyataan bersama hari ini mengumumkan pengagihan bonus berjumlah 0.30 sen seunit untuk 500,000 unit pertama AHB yang dipegang oleh pemegang unit. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PHB,…










