KUALA LUMPUR 8 Okt. – Kajian sistem subsidi petrol bersasar, Program Subsidi Petrol (PSP) mendapati sebahagian golongan berpendapatan rendah (B40) di negara ini memiliki enam buah kereta. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, golongan itu kemudiannya menikmati subsidi petrol yang diberikan kerajaan selama ini. “Kita mendapati setelah dikaji ada orang di bawah B40 memiliki sehingga enam kereta dan dapat menikmati subsidi petrol. “Sebab itu sekarang kita beri satu kereta…










