SHAH ALAM 6 Okt. – Tun Dr. Mahathir berkata, terdapat segelintir ahli Parlimen sendiri tidak membaca dengan teliti manifesto Pakatan Harapan (PH). Perdana Menteri menjelaskan, isu manifesto itu ada dibincangkan dalam program Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen PH dan Warisan Formula 2020: Selangkah ke hadapan bersama Pakatan-Warisan di sini. “Contohnya, kita tidak pernah berjanji untuk menghapuskan tol tetapi ini biasanya diambil sebagai sebahagian daripada manifesto kami. Terdapat banyak perkara lain…










