MILAN 6 Okt.- Pengendali AC Milan, Marco Giampaolo yakin Pepe Reina mampu menyelamatkan sepakan penalti minit akhir Genoa berdasarkan perwatakan penjaga gol tersebut. Bekas pengendali Sampdoria itu, meraih kemenangan penting tersebut dalam usaha mengekalkan jawatannya di Milan, selain dibantu sepakan penalti Franck Kessie yang memberikan mereka kemenangan dramatik 2-1, semalam. Reina yang turun dalam kesebelasan utama menggantikan Gianluigi Donnarumma memberikan sumbangan besar apabila menyelamatkan sepakan penalti Lasse Schone walaupun sebelum…










