PELABUHAN KLANG 4 Okt. – Hampir 79 peratus aduan yang diterima Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap pegawai dan anggotanya adalah berkaitan rasuah, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Paddy Abd Halim. Bagaimanapun kata beliau, statistik berkenaan hanyalah berdasarkan kepada jumlah aduan yang diterima namun tidak semestinya ia menunjukkan warga jabatan itu memang banyak terlibat dengan gejala rasuah. “Persepsi ini (JKDM terlibat dalam rasuah) tidak semestinya sahih tetapi aduan seumpamanya yang…










