KUALA LUMPUR 7 Okt.- Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengenal pasti lebih 700,000 akaun pendeposit sehingga Ogos lalu melibatkan jumlah simpanan sebanyak RM60.4 juta. Tabung Haji dalam satu kenyataan di sini berkata, semua pendeposit terbabit tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2012. Katanya, akaun yang masih tidak diaktifkan selepas 1 November ini akan dipindahkan ke dalam kumpulan Akaun ‘Dormant’ (Tidak Aktif). Tambahnya, amaun yang dipindahkan ke Akaun ‘Dormant’ tersebut…










