SHAH ALAM – Hampir 60 peniaga mendakwa ditipu penganjur sebuah festival jualan beli belah dengan kerugian keseluruhan mencecah RM250,000 sejak tiga tahun lalu. Wakil peniaga, Muhammad ‘Afifi Che Sulaiman berkata, penipuan dilakukan apabila penganjur dengan mudah membatalkan ruang niaga yang telah dijanjikan selepas pembayaran deposit dilakukan peniaga tanpa sebarang notis awal. Katanya, tindakan itu mengakibatkan peniaga hilang arah sebaik tiba di sesuatu lokasi festival tersebut. “Saya sendiri ditipu dalam beberapa…










