BALING – Seramai 38 mangsa daripada 17 keluarga terjejas akibat banjir kilat yang melanda Kampung Sri Ketengga dan Batu 8 di sini semalam. Kesemua mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan iaitu di Surau Kampung Sri Ketengga dan Dewan Orang Ramai Kampung Batu 8 kira-kira pukul 8 malam semalam. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab Aziz berkata, dua kampung tersebut dinaiki air bermula pukul…










