PONTIAN 7 Okt. – Sebanyak 29 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terlibat secara langsung bagi membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai pada 16 Oktober ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pihaknya mengalu-alukan kesediaan mereka untuk turun padang membantu calon BN pada PRK tersebut. Katanya, pada permulaan semua NGO terbabit akan terlibat secara langsung bersama-sama jentera pilihan…










