KUALA LUMPUR 3 Okt. – Kesemua 21 peguam yang diburu polis membabitkan 39 kes penipuan dan pecah amanah sejak 2012 sehingga kini merupakan ‘bekas peguam’ dan pendaftaran mereka sebagai pengamal undang-undang telah ditamatkan. Menurut jurucakap Majlis Peguam Malaysia (Majlis Peguam), Lembaga Tatatertib Majlis Peguam telah membatalkan pendaftaran mereka susulan dari prosiding lembaga setelah mendapat aduan dari anak guam mereka. “Mereka tidak boleh lagi digelar sebagai ‘peguam’ dan kami tidak tahun…










