PUTRAJAYA 7 Okt. – Program Subsidi Petrol (PSP) yang dilancarkan kerajaan hari ini, akan menyalurkan bantuan tunai yang dikreditkan terus kepada akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan bagi setiap empat bulan sekali bermula awal tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan. Menurut beliau, pihaknya menjangkakan sebanyak…










