GUA MUSANG – Seramai 12 orang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 10.30 malam di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru itu membabitkan kereta jenis Toyota Vios, Perodua Alza dan Toyota Corolla. Mangsa yang cedera ialah pemandu Perodua Alza, Muhammad Syafie Awang, 31, penumpang, Siti Roslina Mohamed, 32, Che Rohimah, 63, Awang…










