SHAH ALAM – Seramai 118 individu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di sini mengalami keracunan makanan selepas memakan makanan dipercayai disediakan pihak penganjur. Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian tersebut pukul 11.15 pagi apabila terdapat mangsa mengalami simptom muntah dan cirit-birit. “Hasil saringan mendapati seramai 27 pesakit diklasifikasikan tag kuning (separa kritikal) dan 91 tag hijau (stabil) dan tiada pesakit tag merah.…










