BESUT 5 Okt. – Seramai 1,000 peserta menyertai cabaran MDB Fun Ride 2.0 anjuran Majlis Daerah Besut (MDB) yang bermula di pekarangan Kota Putera Square, Kampung Raja dekat sini pagi ini. Pelepasan peserta dilakukan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Siti Mariam Abd. Hamid bersama Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim mengetuai peserta bersama…










