KUALA LUMPUR 27 Sept. – “Saya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan selanjutnya”. Demikian jelas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengenai keputusan inkues kematian anggota bomba dan penyelamat (JBPM), Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali. Beliau turut berharap agar kes tersebut disiasat dengan penuh integriti dan menjunjung tinggi prinsip ketelusan serta keadilan oleh polis seterusnya keluarga Allahyarham Muhammad Adib mendapat pembelaan…










